Rabu, 28 Julai 2010

Hai kawan-kawan!
Alat muzik hari ini adalah REBANA.
Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai 'Adai-Adai'.
Rebana ini dipalu dengan sebelah tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang terdapat dalam ensemble muzik sinkretik yang lain.
Masyarakat Brunei terdapat juga sejenis gendang kecil yang dikenali sebagai 'gendang labik' dan 'dombak' iaitu sejenis gendang satu muka.
Terima Kasih Kawan-kawan!

Bolehkah mereka masih diingati selepas sepuluh tahun yang akan datang?



Bolehkah mereka masih diingati selepas sepuluh tahun yang akan datang? Ini adalah soalan yang kami tertanya-tanya diri sendiri. Percayakah tidak. Ada orang masih tidak kenal P.Ramlee, Salmah dan cerita komedi terkenal iaitu Bujan Lapok.


Hai kawan-kawan!
Hari ini kami akan berbincang tentang alat muzik yang bernama BONANG.
Bonang berfungsi sebagai intro lagu dan merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan.
Bonang selalu dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.
Alat bonang mempunyai
bentuk seperti kendi(kettle-shaped).
Sifat bunyinya berprinsipkan kepada
'degung'
Itu sahaja kawan-kawan!

Salmah Ismail (Saloma)

Salmah Binte Ismail adalah isteri ke-3 kepada P. Ramlee. Dia lebih dikenali sebagai Saloma. Beliau adalah seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal pada 1950-an dan 1960-an. Salmah dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22hb Januari 1983. Beliau mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun.
Lagu-lagu yang didendangkan olehnya yang menjadi popular seperti:
-Mengapa Di Rindu
-Kain Songket
-Bunga Tanjung
-Gelora
-Hilang Terang Timbul Gelap
-Perwira
-Tiru Macam Saya
-Inang Baru
-Bila Larut Malam
-Joget Malaysia
-Lagu Anak Rantau
-Bila Hati Telah Retak
-Tari Silat Melayu
-Bossanova
-Selamat Hari Raya
Beliau juga berbakat dalam bidang lakonan. Saya pasti bahawa kamu semua tahu cerita Seniman Bujang Lapok. Dia berlakon di filem itu pada 1961.
Saloma telah mengakhiri penglibatan di dalam kariernya apabila menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hosptial Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 48 tahun kerana menghidap penyakit demam kuning.
Terima Kasih

Jumaat, 16 Julai 2010

P. Ramlee

Tahukah anda bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh?
Dia merupakan seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pemain muzik dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura.
P. Ramlee di lahirkan pada tahun 1929, Mac 22. Beliau mempunyai adik yang bernama Syeikh Ali.
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali bersama Junaidah Daeng Harris yang bertahan selama empat tahun dan juga bersama Noorizan Mohd Noor. Akhirnya dia berkahwin bersama Salmah Ismail yang lebih kenali sebagai Saloma.

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Ba). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
  10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Khamis, 15 Julai 2010

Hai kawan-kawan!
Alat muzik kami hari ini adalah Serunai.
Serunai adalah suatu instrumen angin buluh.
Serunai dibuat dalam pelbagai panjang yang mempengaruhi mendaftar.
Dalam bahasa Melayu, Serunai disebut sbagai Anak atau Ibu.
Inilah gambar sebuah Serunai
http://72.5.117.144/fif=fpx/sc1/SC14301.fpx&obj=iip,1.0&wid=400&cvt=jpeg
Terima Kasih kawan-kawan!

Khamis, 8 Julai 2010


Hai kawan-kawan
Hari ini kami akan bercerita tentang alat muzik kami, Kompang!
Kompang adalah sejenis alat musik tradisional yang paling popular bagi masyarakat melayu. Kulit kompang biasanya dibuat oleh kulit kambing. Zaman sekarang, kami gunakan kompang untuk sebuah perkhawinan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab yang sungguh jauh! Terima kasih kawan-kawan!