Jumaat, 16 Julai 2010

P. Ramlee

Tahukah anda bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh?
Dia merupakan seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pemain muzik dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura.
P. Ramlee di lahirkan pada tahun 1929, Mac 22. Beliau mempunyai adik yang bernama Syeikh Ali.
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali bersama Junaidah Daeng Harris yang bertahan selama empat tahun dan juga bersama Noorizan Mohd Noor. Akhirnya dia berkahwin bersama Salmah Ismail yang lebih kenali sebagai Saloma.

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Ba). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
  10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Tiada ulasan: